Selamat Datang ke Blog Kami...

animasi blog

Sunday 23 November 2014

Hari konvokesyen, Anugerah cemerlang dan Hari jadi ke-II Kanak-kanak Tabika Perpaduan



Majlis ini telah diadakan pada hari Khamis persamaan 20 November 2014. Bertempat di Kelas Tabika Perpaduan Flat Danau Kota. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut.
Majlis ini merupakan majlis penutup yang diadakan pada hujung tahun 2014. Murid-murid dan Ibubapa kelihatan gembira melihat anak-anak mereka menerima sijil dan membuat persembahan. Selamat Hari Lahir cikgu ucapkan kepada murid-murid yang menyambut hari lahir. Majlis seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan siratulrahim di antara murid-murid, guru-guru dan ibubapa.

Memori 2014

Gambar pentas yang siap dihias dengan indah


Mulakan Majlis dengan bacaan Doa
Persembahan Nyanyian daripada Kanak-kanak Tabika


Ucapan perasmian oleh pegawai Tabika Perpaduan


Tarian Arab daripada Kanak-kanak Tabika



Tarian endang



Persembahan Sajak





Gambar-gambar sambutan Hari Lahir Kanak-kanak Tabika


Kanak-kanak bersedia untuk acara memotong kek

Tuan Pengerusi En. Karim bersama-sama Pegawai Tabika Perpaduan turut meraikan sambutan Hari Jadi Kanak-kanak Tabika 2014


Hari bersama ibubapa Kanak-kanak Tabika Perpaduan Flat Danau Kota "A"

Pada 14 November 2014, Kelas Tabika Perpaduan telah mengadakan hari pengambilan slip kemajuan pelajar bagi peperiksaan akhir tahun 2014. Semua ibubapa dan penjaga dijemput hadir bagi mengetahui tentang perkembangan anak masing-masing disamping membincangkan keputusan yang murid-murid perolehi selama mereka belajar di Tabika ini. Taniah cikgu ucapankan kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kepada yang lain tingkatkan usaha dan ucapkan semoga berjaya di masa-masa akan datang.



Antara gambar-gambar yang sempat cikgu ambil.








Friday 17 October 2014

Lawatan dari Klinik Pergigian Setapak Kuala Lumpur

Assalammualaikumm...ari ini nak cerita pasal lawatan dari Klinik Pergigian ke Tabika Flat Danau Kota. Lawatan seperti ini merupakan salah satu aktiviti utama dalam perkhidmatan kesihatan pergigian primer yang dilaksanakan oleh kerajaan. Perkhidmatan ini memberi tumpuan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun yang bersekolah di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA).Jururawat Pergigian yang terlatih dan pasukannya memberi tumpuan utama kepada aspek promosi kesihatan Pergigian dan rawatan pergigian. Tenaga kerja yang sama turut bertanggungjawab melaksanakan program Incremental Dental Care untuk murid-murid tabika Lawatan ke Tabika selalunya dibuat dua atau tiga kali setahun secara berpasukan. Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian adalah seperti ceramah, latihan memberus gigi, aktiviti roleplay dan lain-lain. Baru-baru ini aktiviti memeriksa dan menampal gigi murid-murid telah dijalankan.

Antara Tujuan aktiviti rawatan pergigian Kanak-kanak Tabika dibuat adalah bagi :

  • Memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan Kesihatan Pergigian di kalangan kanak-kanak Tabika.
  • Mengekalkan tahap Kesihatan Pergigian kanak-kanak Tabika
  • Mempertingkatkan pengetahuan, perubahan sikap serta penerapan amalan yang baik di kalangan ibu bapa serta penjaga
  • Memastikan kanak-kanak pra sekolah boleh menerima penjagaan Kesihatan Pergigian
  • Mengawal kejadian penyakit pergigian di kalangan kanak-kanak Tabika
  • Meningkatkan pengetahuan guru serta penjaga mengenai pemilihan makanan seimbang
  • Menggalakkan guru-guru Tabika menjalankan Latihan Memberus Gigi secara harian di Tabika


 Gambar-gambar semasa aktiviti rawatan gigi dijalankan.
Rawatan menempal gigi Kanak-kanak Tabika

Pemeriksaan gigi dijalankan oleh Jururawat Terlatih


Monday 29 September 2014

Program Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-57 Peringkat Wilayah.

Program Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-57 Peringkat Wilayah

Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tarikh : 07/09/2014
Tempat : KRT PPR Intan Baiduri, Kepong, Kuala Lumpur
Program : Peringkat Wilayah
Objektif: Mewujudkan semangat patriotik dan cinta akan negera dikalangan kanak-kanak seawal umur 5 hingga 6 tahun.

(*-*) Kanak-kanak yang mengikuti program ini memakai pakaian silang budaya. Sememangnya Malaysia mempunyai berbagai bilang kaum seperti Kaum Melayu, India, Cina dan pelbagai etnik yang terdapat di Sabah dan Serawak.

Murid-murid memakaikan pakaian berbilang kaum

Murid-murid berbaris menanti VVIP hadir

Kibaran Jalur Gembilang

Peragaan Pakaian Melayu Melaka

Wajah anak-anak cikgu yang sentiasa bersemangat menyambut hari Kemerdekaan :D

Murid-murid menyanyikan Lagu
'Negaraku" dan "Jalur Gembilang"





Tuesday 23 September 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

      Assalammualaikum dalam salam sejahtera semua . Alhamdulillah syukur nikmat Allah dapat lagi kita bersua kembali. Okay.. Sekarang cikgu nak berkongsi tentang aktiviti Hari Raya Aidilfitri yang lepas bersama anak-anak murid cikgu.. Aii dah lama baru nak update ke? hahaha takpe . Okay so kita 'throwback' kembali..

                                                    Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

         Pada 15 Ogos 2014 yang lepas, sekolah cikgu telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memeriahkan lagi majlis. Ramai ibu bapa turut hadir memeriahkan majlis ini. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan kemudian disusuli dengan bacaan doa. Pertandingan pakaian yang paling tercantik, pemberian duit raya, nyanyian lagu raya beramai-ramai, pertandingan karaoke lagu raya serta  jamuan makan bersama adalah antara aktiviti yang diadakan.

          Semua yang hadir gembira sepanjang majlis dijalankan. Okay sekian pada post kali ini.. Semoga bersua kembali.

 pertandingan pakaian tercantik 


 pemberian duit raya



 jamuan raya


sesi bergambar 


Saturday 20 September 2014

Kempen Kibar Jalur Gembilang Peringkat kelas

Kempen Kibar Jalur Gembilang Peringkat Kelas

Antara aktiviti atau amalan yang boleh dikatakan sinonim dengan sambutan bulan kemerdekaan  ialah aktiviti kibar ‘Jalur Gemilang’, iaitu bendera rasmi negara.bagi memupuk semangat patriotik dikalangan murid-murid.Akitiviti ini diadakan pada 11 Ogos 2014 yang bertempat di kelas tabika perpaduan. Semua murid terlibat dengan aktiviti ini. Lagu 'Negaraku' dan 'Jalur Gembilang' turut dinyanyikan dengan penuh semangat cintakan Tanah Air Malaysia.

Album Kempen Jalur Gembilang


 

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
KE-57" 


Majlis Hari Jadi Kanak-Kanak Tabika Perpaduan



Majlis Hari Jadi Kanak-Kanak Tabika Perpaduan (Pertama)




Pada 27 Jun 2014 yang lalu, Majlis Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak Tabika Perpaduan telah diadakan dengan meriahnya. Dah besar dah anak-anak murid cikgu. Majlis ini diaraikan bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. 

Kanak-kanak juga melakukan beberapa pesembahan dan aktiviti, antaranya ialah :

  • Persembahan nyanyian
  • Acara potong kek Hari Jadi
  • Persembahan Lakonan daripada Kanak-kanak
  • Penyampaian hadiah Hari Jadi oleh Pegawai Perpaduan
*** Selamat Hari Lahir Anak-anak cikgu, Semoga berjaya dalam kehidupan*** (^-^)
 

Blogger news

Blogroll

funny gifs