Sunday, 16 March 2014

Tunjang Kerohanian, Sikap dan nilai

Tunjang kerohanian, Sikap dan nilai
  • Tunjang kerohanian, Sikap dan nilai merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. 
Sudut Kerohanian, sikap dan nilai

Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasullulah dan Kalimah Syahada
  • Murid-murid belajar bersuci, berwuduk, cara melakukan solat, mencontohi akhlak Rasullulah dan melakukan amalan harian mengikut adab.
  • Murid juga akan mengenal asas bahasa Al-Quran, huruf Hijjaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan
  • Aktiviti yang dijalankan seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, hands-on, meneroka dan bermain
Mengenal huruf Hijjaiyah


Binaan Masjid menggunakan Lego


Bahan-bahan bacaan


Pendidikan Moral
  • Berfokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang murid di Tabika serta mengamalkan nilai-nilai murni seperti Kepercayaan kapada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedarhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

Amalan nilai-nilai murni

Mengenali tempat-tempat ibadat

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

funny gifs