Sunday, 23 March 2014

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains Dan Teknologi.

Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan pengunaan ICT.

Dalam awal sains murid-murid boleh meneroka alam sekitar menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin  tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk.Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai , membanding dan mengelas juga akan dikembangkan.Sebagai contoh penerokaan dalam alam hidupan seperti tumbuhan dan haiwan, alam bahan objek yang tengelam dan timbul, air, magnet serta alam fizikal seperti cuaca dan pelangi.

Awal Sains


Kitaran hidup Ayam

Mini Zoo

Bahagian organ dalaman manusia



Awal Matematik.

  • Dalam awal matematik murid akan diberi pengalaman awal matematik seperti konsep pra-nombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.
Pra-nombor


Sudut Matematik

Mengira bilangan gelung





0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

funny gifs