Refleksi

Refleksi

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan membina blog ini. Blog ini dibina dengan pelbagai agenda atau aktiviti yang terdapat di Tabika Perpaduan Flat Danau Kota A. Sepanjang menjalankan tugasan ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

            Antara cabaran yang saya hadapi ialah saya kurang memahami kemahiran menggunakan komputer (computer skill) untuk membina sesuatu blog. Namun saya sering bertanya pada pensyarah bimbingan Puan Haslina dan rakan untuk membantu saya memulakan langkah pertama bagi mewujudkan Blogger . Selain itu, saya mengalami masalah penggunaan internet yang terhad. Apa yang saya lakukan adalah sering ke Perpustakaan Negara bagi menggunakan perkhidmatan internet yang ada disamping merujuk beberapa buah buku membina blogger yang terdapat disana.
          Setelah mendapat bimbingan dan penjelasan dari beberapa pihak. Saya cuba sedaya upaya membina sesuatu bolg yang kreatif dan menarik minat pengunjung untuk singgah membaca di Blog saya. Saya juga berlajar beberapa code untuk menempatkan animasi serta muzik di blog saya. Pada mulanya agak sukar difahami namun, lama kelamaan ianya jadi lebih mudah dan seronok
            Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya hadiahkan kepada pensyarah, rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi tunjuk ajar dan kerja sama sepanjang tugasan ini disiapkan.
Sekian Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

funny gifs