Sunday, 23 March 2014

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains Dan Teknologi.

Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan pengunaan ICT.

Dalam awal sains murid-murid boleh meneroka alam sekitar menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin  tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk.Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai , membanding dan mengelas juga akan dikembangkan.Sebagai contoh penerokaan dalam alam hidupan seperti tumbuhan dan haiwan, alam bahan objek yang tengelam dan timbul, air, magnet serta alam fizikal seperti cuaca dan pelangi.

Awal Sains


Kitaran hidup Ayam

Mini Zoo

Bahagian organ dalaman manusia



Awal Matematik.

  • Dalam awal matematik murid akan diberi pengalaman awal matematik seperti konsep pra-nombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.
Pra-nombor


Sudut Matematik

Mengira bilangan gelung





Latihan Kawat Kecemasan

Selamat malam semua...

Malam nie cikgu nak share pasal Latihan kawat kecemasan kebakaran
Latihan kawat ini diadakan di Tabika Perpaduan Flat Danau Kota pada jam 9.00 pagi
Tujuan latihan ini adalah bagi melatih murid-murid untuk mengambil tindakan awal sekiranya berlaku kebakaran di tabika..
Antara tindakan awal yang perlu dilakukan ialah
  • Guru meniup wisel menandakan kebakaran sedang berlaku
  • Murid-murid dengan pantas ke pintu utama dan berlari terus ke kawasan ruang legar yang berhampiran kelas
  • Murid-murid beratur sambil memeriksa rakan disebelah ada bersamanya atau tidak
  • Guru akan memastikan tiada pelajar yang tertingal dan semua murid selamat
Latihan ini mengambil masa selama 3 Minit. Selepas selesai latihan murid-murid akan beratur masuk ke kelas semula..Latihan asas ini penting bagi murid-murid agar apabila berlaku keadaan yang tidak di ingini murid-murid sudah tahu atau berpengetahuan dalam bagaimana mahu menyelamatkan diri dari kebakaran..
Cikgu harap ilmu tentang cara menyelamat kan diri ini dapat di praktik kan oleh semua murid-murid..
Selamat maju jaya.....



Guru meniup Wisel




Murid-murid bergerak dengan pantas menuju ke pintu utama

Semua murid hendaklah berada di ruang legar yang berhampiran tabika

Murid beratur sambil memerhatikan kawan bersebelahan

Guru menyemak nama  murid bagi memastikan semua murid telah selamat keluar


Keadaan kelas yang telah di kosongkan




Punca elektrik hendaklah dimatikan

Saturday, 22 March 2014

Tunjang Ketrampilan Diri - Perkembangan Sosioemosi

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Apa khabar semua.. Semoga dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya..
Pada hari ini ciku nak kongsi tentang tunjang seterusnya iaitu :

Tunjang Ketrampilan Diri- Perkembangan Sosioemosi

  • Perkembangan sosiooemosi merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial
  • Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dapat dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktivti pengajaran dan pembelajaran yang lain..


Mengenali sosioemosi seperti Gembira, Marah, Sedih dan sebagainya


Sunday, 16 March 2014

Tunjang Kerohanian, Sikap dan nilai

Tunjang kerohanian, Sikap dan nilai
  • Tunjang kerohanian, Sikap dan nilai merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. 
Sudut Kerohanian, sikap dan nilai

Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasullulah dan Kalimah Syahada
  • Murid-murid belajar bersuci, berwuduk, cara melakukan solat, mencontohi akhlak Rasullulah dan melakukan amalan harian mengikut adab.
  • Murid juga akan mengenal asas bahasa Al-Quran, huruf Hijjaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan
  • Aktiviti yang dijalankan seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, hands-on, meneroka dan bermain
Mengenal huruf Hijjaiyah


Binaan Masjid menggunakan Lego


Bahan-bahan bacaan


Pendidikan Moral
  • Berfokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang murid di Tabika serta mengamalkan nilai-nilai murni seperti Kepercayaan kapada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedarhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

Amalan nilai-nilai murni

Mengenali tempat-tempat ibadat

Tunjang Komunikasi (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia....
blog ini dibina untuk berkongsi serba sedikit berkenaan Tabika perpaduan
di bawah cikgu nak share tunjang-tunjang yang terterdapat di Tabika Perpaduan
Tunjang utama yang cikgu nak share kat sini adalah Tunjang Komunikasi

Tunjang komunikasi (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)

  • Fokus utama tunjang komuikasi adalah kemahiran bahasa dan seni bahasa. Kemahiran bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
  • Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak. 
Sudut Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris


 
Mengeja Suku kata mudah



Menyebut nama-nama hari dalam seminggu dalam Bahasa Melayu  dan Bahasa Inggeris


 Meaning of 'Alphabet' 




Aktiviti bercerita menggunakan puppet haiwan

 

Blogger news

Blogroll

funny gifs