Monday 29 September 2014

Program Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-57 Peringkat Wilayah.

Program Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-57 Peringkat Wilayah

Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tarikh : 07/09/2014
Tempat : KRT PPR Intan Baiduri, Kepong, Kuala Lumpur
Program : Peringkat Wilayah
Objektif: Mewujudkan semangat patriotik dan cinta akan negera dikalangan kanak-kanak seawal umur 5 hingga 6 tahun.

(*-*) Kanak-kanak yang mengikuti program ini memakai pakaian silang budaya. Sememangnya Malaysia mempunyai berbagai bilang kaum seperti Kaum Melayu, India, Cina dan pelbagai etnik yang terdapat di Sabah dan Serawak.

Murid-murid memakaikan pakaian berbilang kaum

Murid-murid berbaris menanti VVIP hadir

Kibaran Jalur Gembilang

Peragaan Pakaian Melayu Melaka

Wajah anak-anak cikgu yang sentiasa bersemangat menyambut hari Kemerdekaan :D

Murid-murid menyanyikan Lagu
'Negaraku" dan "Jalur Gembilang"





Tuesday 23 September 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

      Assalammualaikum dalam salam sejahtera semua . Alhamdulillah syukur nikmat Allah dapat lagi kita bersua kembali. Okay.. Sekarang cikgu nak berkongsi tentang aktiviti Hari Raya Aidilfitri yang lepas bersama anak-anak murid cikgu.. Aii dah lama baru nak update ke? hahaha takpe . Okay so kita 'throwback' kembali..

                                                    Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

         Pada 15 Ogos 2014 yang lepas, sekolah cikgu telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memeriahkan lagi majlis. Ramai ibu bapa turut hadir memeriahkan majlis ini. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan kemudian disusuli dengan bacaan doa. Pertandingan pakaian yang paling tercantik, pemberian duit raya, nyanyian lagu raya beramai-ramai, pertandingan karaoke lagu raya serta  jamuan makan bersama adalah antara aktiviti yang diadakan.

          Semua yang hadir gembira sepanjang majlis dijalankan. Okay sekian pada post kali ini.. Semoga bersua kembali.

 pertandingan pakaian tercantik 


 pemberian duit raya



 jamuan raya


sesi bergambar 


Saturday 20 September 2014

Kempen Kibar Jalur Gembilang Peringkat kelas

Kempen Kibar Jalur Gembilang Peringkat Kelas

Antara aktiviti atau amalan yang boleh dikatakan sinonim dengan sambutan bulan kemerdekaan  ialah aktiviti kibar ‘Jalur Gemilang’, iaitu bendera rasmi negara.bagi memupuk semangat patriotik dikalangan murid-murid.Akitiviti ini diadakan pada 11 Ogos 2014 yang bertempat di kelas tabika perpaduan. Semua murid terlibat dengan aktiviti ini. Lagu 'Negaraku' dan 'Jalur Gembilang' turut dinyanyikan dengan penuh semangat cintakan Tanah Air Malaysia.

Album Kempen Jalur Gembilang


 

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
KE-57" 


Majlis Hari Jadi Kanak-Kanak Tabika Perpaduan



Majlis Hari Jadi Kanak-Kanak Tabika Perpaduan (Pertama)




Pada 27 Jun 2014 yang lalu, Majlis Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak Tabika Perpaduan telah diadakan dengan meriahnya. Dah besar dah anak-anak murid cikgu. Majlis ini diaraikan bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. 

Kanak-kanak juga melakukan beberapa pesembahan dan aktiviti, antaranya ialah :

  • Persembahan nyanyian
  • Acara potong kek Hari Jadi
  • Persembahan Lakonan daripada Kanak-kanak
  • Penyampaian hadiah Hari Jadi oleh Pegawai Perpaduan
*** Selamat Hari Lahir Anak-anak cikgu, Semoga berjaya dalam kehidupan*** (^-^)

Friday 19 September 2014

Sambutan Hari Ibu dan Hari Guru

Sambutan Hari Ibu dan Hari Guru



Program ini telah dijalankan pada 23 MEI 2014 jam 9.00 malam. Majlis ini telah dihadiri lebih kurang 60 ibubapa dan guru-guru. Majlis ini turut dirasmikan oleh Puan Norhaslinda Binti Osman PPD Sentul. Antara pengisian majlis ini ialah persembahan daripada kanak-kanak tabika, pertandingan ‘musical chair’, kuiz ibubapa dan mencari harta karun. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya

Antara acara dan aktiviti yang dijalankan (^-^) :

Antara ibubapa yang hadir

Taklimat oleh Guru Tabika Perpaduan



Ucapan perasmian oleh Pegawai Tabika Perpaduan Daerah Sentul


Persembahan nyanyian Hari Ibu

Pemberian bunga dan kad ucapan kepada ibu masing-masing

'Musical Chair'

Pertandingan 'Ibu Saya Cantik"

Jamuan dan majlis bersurai


Sukan Tabika Daerah Sentul


SUKAN TABIKA PERPADUAN DAERAH SENTUL

Sukan Tabika Daerah Sentul telah diadakan pada 4 Mei 2014 jam 7.30 pagi bertempat di Stadium Badminton, Cheras, Kuala Lumpur. Sukan ini telah dihadiri oleh semua kanak-kanak dan ibubapa. Antara acara yang disertai ialah bowling, pecah belon dan larian baton. Sukan ini telah berakhir pada jam 3 petang. Semangat kesukanan sememangnya penting dan perlu diterapkan di dalam diri murid-murid. Ini dapat melahirkan generasi yang cergas dan cerdas.

Ini antara gambar-gambar gelagat anak murid cikgu :D



Murid-murid menunggu giliran untuk menyertai acara sukan 

Murid beratur mengikut acara masing-masing

Taniah!!!kepada anak-anak cikgu yang berjaya memenangi acara pertandingan :D






 

Blogger news

Blogroll

funny gifs