Friday 17 October 2014

Lawatan dari Klinik Pergigian Setapak Kuala Lumpur

Assalammualaikumm...ari ini nak cerita pasal lawatan dari Klinik Pergigian ke Tabika Flat Danau Kota. Lawatan seperti ini merupakan salah satu aktiviti utama dalam perkhidmatan kesihatan pergigian primer yang dilaksanakan oleh kerajaan. Perkhidmatan ini memberi tumpuan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun yang bersekolah di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA).Jururawat Pergigian yang terlatih dan pasukannya memberi tumpuan utama kepada aspek promosi kesihatan Pergigian dan rawatan pergigian. Tenaga kerja yang sama turut bertanggungjawab melaksanakan program Incremental Dental Care untuk murid-murid tabika Lawatan ke Tabika selalunya dibuat dua atau tiga kali setahun secara berpasukan. Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian adalah seperti ceramah, latihan memberus gigi, aktiviti roleplay dan lain-lain. Baru-baru ini aktiviti memeriksa dan menampal gigi murid-murid telah dijalankan.

Antara Tujuan aktiviti rawatan pergigian Kanak-kanak Tabika dibuat adalah bagi :

  • Memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan Kesihatan Pergigian di kalangan kanak-kanak Tabika.
  • Mengekalkan tahap Kesihatan Pergigian kanak-kanak Tabika
  • Mempertingkatkan pengetahuan, perubahan sikap serta penerapan amalan yang baik di kalangan ibu bapa serta penjaga
  • Memastikan kanak-kanak pra sekolah boleh menerima penjagaan Kesihatan Pergigian
  • Mengawal kejadian penyakit pergigian di kalangan kanak-kanak Tabika
  • Meningkatkan pengetahuan guru serta penjaga mengenai pemilihan makanan seimbang
  • Menggalakkan guru-guru Tabika menjalankan Latihan Memberus Gigi secara harian di Tabika


 Gambar-gambar semasa aktiviti rawatan gigi dijalankan.
Rawatan menempal gigi Kanak-kanak Tabika

Pemeriksaan gigi dijalankan oleh Jururawat Terlatih


 

Blogger news

Blogroll

funny gifs